Wednesday, July 14, 2010

JENIS-JENIS PINJAMAN

Pinjaman atau pendahuluan wang kepada anggota-anggota Koperasi ini terbahagi kepada :-

Pinjaman Berjamin

(i) Pinjaman ini telah dihadkan kepada jumlah maksimum sebanyak RM 20,000.00 sahaja.

(ii) Pinjaman ini hendaklah dijamin sekurang-kurangnya oleh 2 orang anggota yang layak menjamin. Jumlah jaminan yang dikenakan ke atas penjamin-penjamin itu hendaklah meliputi keseluruhan pinjaman.

(iii) Kos perkhidmatan yang dikenakan bagi pinjaman ini ialah 5.75% setahun atau yang ditetapkan dari masa ke semasa.

(iv) Tempoh bayaran balik tidak melebihi 60 bulan.

(v) Peminjam akan dikenakan bayaran memproses sebanyak RM 10.00.

(vi) Setiap anggota yang meminjam diwajibkan mengambil skim perlindungan insurans bagi melindungi baki pinjaman sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum habis tempoh bayaran balik.


Pinjaman Khas Pelajaran

(i) Pinjaman ini layak diberikan kepada setiap anggota yang belajar separuh masa dan anggota-anggota yang mempunyai anak-anak yang masih belajar dari peringkat sekolah rendah ke pusat pengajian tinggi.

(ii) Pinjaman ini dihadkan kepada jumlah maksimum RM 2,000.00 dengan seorang penjamin yang layak.

(iii) Pinjaman ini ditawarkan hanya sekali dalam setahun bagi setiap anggota yang layak.

(iv) Peminjam akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM40.


Pinjaman Kecemasan

(i) Dua daripada anggota termasuk seorang Pegawai Utama Lembaga boleh meluluskan segera pinjaman ini.

(ii) Pinjaman dihadkan kepada sekali dalam setahun dan tidak melebihi RM 500.00 setiap kali pinjaman.

(iii) Permohonan adalah berasaskan bukti nyata yang disokong oleh dokumen yang sah seperti berikut:-

(i) Sijil Kematian, atau

(ii) Pengesahan Sakit, atau

(iii) Bencana diri.

(iv) Kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada kelayakan peminjam dan bayaran balik hendaklah dibuat dalam masa 5 bulan.

No comments:

Post a Comment